Thursday, March 15, 2012

DIMANA CANTIKNYA SEORANG WANITA

Salam sume..hurm,,petg2 cmni biasenyer org slalu gi riadah,,tpi saye nie dok depn laptop lak..
xpe la kn..bukan selalu pon..
Tadi tyme jenjalan usya2 blog orang,,tetibe teringin nak share sikit ape yang dapat tadi..
maklumlah,,rsenye da lame sgt xpost pape pon..bz ngan omwork bertimbun tu..xruntuh2 lgi..haha

Okla tnpe bicara pnjg berjeler lgi,,saya nak kongsikan DIMANA CANTIKNYA SEORANG WANITA/ name yg lbih komersial ladies gitu .!
Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis ,
bukan kerana merah kilauan lipstik
tetapi bibir mekar senyuman manis bukan senyuman kosmetik . .

Cantik seorang wanita itu sebagai remaja ,
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah ,
tetapi kulit yg sentiasa halus dek aurat yg dijaga . .

Cantik seorang wanita itu sebagai Hawa ,
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam ,
tetapi bijak memelihara diri drpd terjebak kpd sbrg maksiat . .

Cantik seorang wanita itu sebagai anak ,
tidak menjerat diri pada kedurhakaan ,
tetapi memandu diri menjadi anak yg solehah . .

Cantik seorang wanita itu sebagai isteri ,
tidak sekadar mainan cinta dibibir ,
tetapi sanggup merempuh badai di sisi suami . .

Cantik seorang wanita itu sebagai ibu ,
tidak sekadar melahirkan anak ,
tetapi menjaga anak dan mengasuhnya menjadi soleh . .

Cantik seorang wanita itu sebagai mentua ,
tidak sekadar memerintah menantu ,
tetapi telus hati mengagih kasih setara pada semua . .

Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua ,
tidak sekadar hidup berfoya2 menghabiskan sisa hidup ,
tetapi menghitung hari dengan sentiasa bersujud taubat kepada-Nya..

Cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis ,
tidak sekadar memiliki segulung ijazah ,
tetapi menyalakan obor mewangi setanggi profesionalis . .

Cantik seorang wanita itu sebagai Solehah ,
tidak sekadar memakai hijab ,
tetapi sentiasa melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya 



Renung2kanlah wahai kaum hawa..

No comments: